Tuesday, January 6, 2009

MASA UNTUK MENGE'POW'!!!





Gaji akhir tahun biasanya ada extra untuk mereka2 yang terpilih. Diorang ni dapat penilaian prestasi yang best2. Tempat I ni, ada 3 level, samada u dapat merit + kenaikan gaji 10%, average dapat kenaikan gaji 7%, atau below average u tak dapat apa2 kenaikan. Tapi ramai yang average je la kecuali mereka2 yang terpilih tu.

Merit biasanya dibayar 2 bulan gaji. Kalau gaji RM3000, dapat la RM6000 duit extra tu. Banyak jugak la kan. So, masa ni ramai la bermurah hati belanja makan shift masing2. Memang sepatutnya macam tu la. Kena la belanja u punya team. Sebab u dapat penilaian bagus tu atas sokongan diorang jugak. Kalau diorang tak tolong u buat projek2 yang menaikkan nama u tu, takde la u dikenali semua depatment.

Tapi ada jugak yang buat2 tak faham bila dapat merit tu. Diorang ni buat tak tau je masa orang lain duk belanja2 shift masing2. Dia tumpang makan lagi ada la. Dah habis cara bagi 'hint'. Sindir la, kutuk la semua tak jalan. Last2 operator buat tak layan je la kat diorang tu. Bila ajak buat projek, takde yang nak join. Confirm penilaian prestasi tahun ni diorang tak dapat merit lagi. Sapa yang rugi? U jugak.

LESSON'S OF THE DAY

Petroleum atau gas yang datang dari perut bumi mengandungi benda asing yang boleh membahayakan pengguna. Benda asing2 ini perlu dibuang dari gas dan minyak sebelum dihantar ke loji2 penapis minyak dan loji pemprosesan gas. Sebagai tambahan, teknik pengasingan minyak dari gas juga membantu penghantaran yang lebih baik, iaitu hanya menghantar gas ke loji pemprosesan gas dan hanya menghantar minyak ke loji penapis minyak.

Kita start dengan loji pembersihan gas atau slugcatcher. Gas2 dari platform penggalian gas tengah laut dihantar ke daratan menggunakan pipe2 dasar laut. Gas2 yang dihantar ini turut mengandungi cecair pertroleum, air, garam2 mineral(salt), sulphur (H2S) dan lain2 benda asing. Semua2 ini perlu diasingkan dari gas sebelum dihantar ke loji pemprosesan gas.

Tugas mengasingkan semua benda asing ini dari gas dijalankan oleh loji2 pembersihan gas atau slug catcher. Design slugcatcher bergantung kepada jumlah sesuatu benda asing yang ada didalam gas2 yang dihantar.

Secara asasnya cara2 pengasingan cecair2 petroleum dan air dari gas menggunakan teori pergerakan gas yang lebih laju dari pergerakan cecair. Cecair akan diperangkap dan disalurkan ke loji pembersihan minyak mentah petroleum sebelum disalurkan ke loji penapisan minyak.

Untuk benda asing berbentuk pepejal (solid) seperti garam akan diperangkap oleh lapisan dawai2 penapis mekanikal atau wire mesh demister pad yang terdapat di atas vessel2 tekanan tinggi.

Untuk pembuangan hydrogen sulphide (H2S), menggunakan karektor H2S yang bersifat acidic, ianya akan dilarutkan oleh cecair caustic yang bersifat alkaline. Cecair caustic akan dipertemukan dengan gas di dalam scrubber, sejenis vessel yang dilengkapi dengan rachet ring, spray nozzle dan sebagainya untuk menambahkan lagi persentuhan antara gas dan caustic. Adalah sangat penting untuk menyisihkan H2S kerana H2S ini boleh menjadi pembunuh manusia sekiranya berkepekatan tinggi di dalam udara.

Cecair caustic yang telah digunakan akan dibakar secara selamat oleh incinerator untuk menghasilkan udara persekitaran yang selamat.

No comments:

Post a Comment