Friday, January 2, 2009

UMUR KITA BERTAMBAH LAGI!!!




Selamat tahun baru semua! Sedar tak sedar umur kita meningkat lagi. Tahun 2009 ni, ada yang jadi 25, ada yang 35, yang 55 pun ada. Yang akan jadi 55 tu, bermakna akan tinggalkan komuniti kita. Kira nak pencen la tu.

Komuniti petroleum ni selalunya menghasilkan orang2 kaya baru bila umur ahli mencecah 55. Minimum RM250,000 dalam tangan. Ada yang sampai level jutawan. Tahap tertinggi dalam multilevel kita ni. Tapi kena jadi manager dulu la sebelum pencen.

Nama je pencen, tapi kita takde duit pencen pun. Harapkan duit epf tu je la. Kena la pandai berjimat cermat. Umur 55 ramai yang anak duk sekolah lagi. Duit tu dengar je banyak, tapi kalau korek sikit2 lama2 abis gak.

Tapi yang I nak ingat mengingatkan untuk bakal2 orang kaya baru ni, pasal u punya bakal bisnes partner. Diorang ni macam boleh hidu bau orang kaya ni. Tau je u ada duit. Diorang ni kononnya terrer bisnes tapi takde modal. Takut nanti bisnes ke mana, duit u ke mana. So, hati2 ok!!

LESSON'S OF THE DAY

Hari ni I nak bercakap pasal komponen minyak mentah pulak. Ada beberapa loji2 menapis minyak (oil refinery) kat malaysia. Loji shell dan esso dekat PD dan Petronas Penapisan Melaka (Sour train) mengimport minyak dari serata dunia. Sour train adalah untuk minyak mentah yang tinggi kadar sulfur.

Loji Shell di Lutong Sarawak mendapat minyak mentah untuk ditapis dari platform diluar pesisiran laut Miri.

Petronas Penapisan Terengganu dan Petronas Penapisan Melaka (Sweet train) adalah untuk memproses minyak dari malaysia yang rendah kadar sulfurnya. Sebagai tambahan dalam penghasilan komponen2 minyak mentah seperti gas oil, kerosene dan naphta, shell middle distillate synthesis (smds) di sarawak menggunakan pendekatan menukarkan gas semulajadi menjadi komponen2 ni. Malaysia kena banyak lagi buat loji macam SMDS ni sebab reserve minyak berkurang, gas lak banyak.

Komponen2 yang disaring (distillate) dari minyak mentah:

a) Light ends : Ini adalah gas methane(C1) dan ethane(C2), sama macam pelajaran yg lepas.
Cuma dekat loji refinery ni, gas2 ni dijadikan bahan bakar (fuel gas) untuk
kegunaan dandang(boiler) dan juga pemanas gas atau minyak(furnace).

b) LPG : Liquified Petroleum gas yang merupakan cecair propane(C3) dan butane(C4).
Kebiasaannya, LPG ini terus dibotolkan untuk dijual sebagai gas memasak tanpa
menjadikan produk lain kerana kuantitinya yang tak banyak dalam minyak mentah.

c) Light Naphta (C5 & C6) : Boleh diekspot begitu sahaja atau diproses menjadi petrol setelah
dicampur dengan reformate (bahan asas petrol). Light naphta akan
melalui proses isomerization - penukaran rantaian kimia (chemical
chain) untuk meninggikan octane number sebelum percampuran
(blending).

d) Heavy naphta (C7-C10) : Bahan asas untuk petrol. Boleh dieksport terus atau setelah diproses
menjadi reformate. Campuran reformate dan light naphta yang
telah di isomerized akan melalui final proses, proses menjadikan
ron97 atau ron92. Ni standard kat malaysia la. Ron92 dicampur
dengan plumbum(lead), ron97 mengikut resepi syarikat minyak
masing2. Resepi ni yang buat kita pening pilih. Ada yang cakap lebih
kilometer, ada yang cakap enjin bersih. I main isi ikut mana yang
ada depan mata je sebab I ada resepi tersendiri, additive yang bagi I
semua kelebihan2 tu.

To be continued.

No comments:

Post a Comment