



Al-kisah, untuk menghilangkan tekanan bekerja, tiap2 tahun diadakan perlawanan liga bolasepak antara shift. Liga bolasepak ni menjadi medan beradu tenaga di padang di samping medan kutuk mengutuk antara shift. Memang meriah sampai merah2 telinga kena kutuk.
Dalam persedian untuk musim baru liga tahun tahun lepas, loji kami kehilangan pekerja2 yang pergi ke timur tengah. Biasanya selepas kehilangan pekerja, pertukaran shift perlu dibuat untuk seimbangkan semula kepakaran setiap shift dalam menjaga operasi loji.
Tapi apa yang berlaku tidak seperti objektif pertukaran shift yang termaktub. Si mamat yang berjawatan assistant supervisor ni, telah menyalah gunakan kuasanya dalam pemilihan ahli2 shift dia. Dia sudah tukar orang2 dia yang tak pandai main bola dengan star2 bolasepak department operation. Dan natijah dari tindakan dia tu, asyik2 shift dia je menang bola. Ini tidak ADIL!!
Bila wartawan tanya mamat ni sebab apa dia buat pertukaran shift macam kelab bolasepak, jawapan dia senang je. 'Tak pandai pasal loji boleh di ajar, tak pandai main bola macam mana nak ajar'.
LESSON'S OF THE DAY
Kita dah tau macamana pentingnya slug catcher untuk industri gas. Lokasi2 loji slug catcher ditempatkan berhampiran kilang pemprosesan gas atau loji2 yang menggunakan gas. Slug catcher ni merupakan pusat pendaratan gas dari platform2 pengorek gas di laut.
Lokasi2 dan loji pemprosesan adalah seperti berikut :
1. W.P.Labuan - Labuan Gas Terminal1/2 (LGAST1/LGAST2) dimiliki Petronas. Untuk penghantaran gas ke Petronas Methanol Labuan dan Mega Methanol, stesen janakuasa (power plant) dan kilang besi (stell mill).
2. Sabah - Sabah Onshore Gas Terminal dimiliki Petronas.
Untuk penghantaran gas ke stesen2 janakuasa sekitar Sabah.
3. Sarawak - Bintulu Crude Oil Terminal milik Shell.
Membersihkan kedua2 gas dan petroleum. Gas2 dihantar ke Petronas Malaysian Liquified Natural Gas (MLNG), Shell Middle Distillate Synthesis (SMDS) dan Asean Bintulu Fertilizer (ABF).
4. Sarawak - Miri Crude Oil Terminal dimiliki Petronas.
Membersihkan kedua2 gas dan petroleum. Gas2 dihantar untuk kegunaan domestik, industri, dan juga dihantar ke loji MLNG.
5. Terengganu - Onshore Gas Terminal (OGT) and Onshore Slug Catcher (OSC) Untuk penghantaran gas ke Petronas Gas Berhad Complex A (GPP1-4) and Complex B (GPP5-6). Gas2 yang telah diproses di GPP kemudiannya disalurkan ke seluruh Semenanjung Malaysia.
No comments:
Post a Comment