


Bekerja shift malam ni memang sesuatu yang mengerikan. Ye la, cuba u bayangkan. Berjalan sorang2 dalam loji yang besar pukul 1 pagi. Dikelilingi dengan equipment2 yang tinggi2. Meremang gak bulu roma. Dalam kepala macam2 terlintas. Ni yang memerlukan kekuatan mental yang tinggi.
Tapi tu la. Tak semua orang yang seberani camtu.
Ada la sorang mamat ni. Memang fobia dengan jalan sorang2 waktu malam ni. Kalau time mengusik orang dengan cerita2 hantu, dia la paling terre. Tapi kalau kena buat keja sorang2 waktu2 camtu, abis semua orang dia ajak ikut dia. Nak tak nak kena gak ikut. Kalau tak, tak jalan lak keja.
Taktik yang dia guna nak suruh orang teman dia memang patut dipuji. Time keja orang lain, dia tolong buat sekali. Memang rajin betul dia masa tu. Tapi rupa2nya ada udang di sebalik mee. U kena teman dia pulak time keja dia. Takpe la, kira team work la tu.
LESSON'S OF THE DAY
Sebagaimana gas, minyak mentah yang datang dari platform penggalian tengah laut juga mengandungi bendasing (impurities). Bendasing2 ini perlu dibuang terlebih dulu sebeum dihantar ke loji2 penapisan ataupun sebelum diekspot. Pembersihan ini dijalankan di loji2 terminal minyak mentah (crude oil terminal).
Antara bendasing yang terdapat bersama2 minyak ini adalah garam mineral, air dan sulphur. Cara membuang bendasing2 ini adalah seperti berikut:
1) Garam - Garam boleh menimbulkan masalah hakisan di loji penapisan minyak. Oleh itu garam perlu dibuang dari minyak sebelum dihantar ke sana. Garam dibuang dari minyak mentah menggunakan teknologi desalter. Teknologi ini memerlukan air bersih yang diberikan cas elektrostatic untuk melarutkan garam dari crude oil yang kemudiannya disisihkan dari minyak bersama air tersebut.
2) Air - Equipment desalter ini juga dilengkapi dengan fungsi coalesing, iaitu teknik pengasingan air dari minyak menggunakan perbezaan density atau berat isipadu. Air diperangkap di bawah kerana lebih berat berbanding minyak mentah.
3) Sulfur - Terdapat penapis khas sulfur (sulphur filter) di pasaran. Filter ini berkeupayaan untuk menapis sulphur yang ada dalam minyak mentah sebelum minyak mentah dihantar ke loji2 penapis ataupun dieksport.
Terdapat beberapa loji terminal minyak mentah di Malaysia antaranya:
1) Terengganu Crude Oil Terminal - Terletak di Kerteh, berhampiran dengan loji Petronas Penapisan Terengganu. Dulunya, terminal ini milik ESSO tapi kini telah diambil alih oleh Petronas. Minyak mentah yang telah dibersihkan dihantar ke loji penapisan Terengganu.
2) Miri Crude Oil Terminal - Terminal ini milik Petronas Carigali. Terminal ini menguruskan pembersihan minyak mentah sebelum dihantar ke Loji Penapisan minyak Lutong milik Shell atau eksport ke luar negara.
3) Bintulu Crude Oil Terminal - Shell menggunakan terminal ini untuk mendaratkan kedua2 minyak mentah dan gas. Minyak mentah akan dieksport ke luar negara.
4) Labuan Crude Oil terminal - Shell telah lama bertapak di kepulauan borneo dan menjadikan negeri2 disini pusat operasi mereka di Malaysia. Minyak mentah di sini juga dieksport ke luar negara.
Hmmm... Menarik gak I baca blog yg U post ni, Daud... Mcm2 citer ada... Citer main bola, Citer mengurut... Citer antu pun ada...!!!
ReplyDeleteTapi, yg I paling suka, citer 6 setengah tu...! Mcm pernah dibuat dek kawan2 I kat tpt keje... Biasa la kan, nak cari makan....
Hmmm... Pasal berteman buat keje dlm loji mlm2 tu, bkn apa... Kadang2 boring gak sorang2... Ada teman, berani skit...! Keh,keh,keh...!
emm... en daud.. sy tertarik dengan pengetahuan en dalam bidang ini..
ReplyDeleteactually saya pelajar tahun akhir di akedemi tv3 (miim).. kami bercadang nk buat dokumentari berkenaan petrol dan stesen minyak, di mana, dalam cadangan kami, ingin membawa penonton mengetahui dari mana datangnya petrol yang setiap hari dibawa ke stesen minyak mengunakan lori tangki itu.. so, sedang saya surf internet untuk mencari info, terbaca pulak blog en daud..
sekiranya en daud boleh memberikan info, seperti, sebenarnya lori tangki minyak yang beroperasi untuk menghantar minyak ke stesen2 di kl ini beroperasi dari mana? dan lain2 lagi .. kami sedang cuba juga mendapatkan info2.. saya mengharapkan jasa baik en daud untuk berikan info juga.. tq..
aina
imansharina@yahoo.com
orang petrol, apa sudah jadi? takkan stop camtu aje? kerja banyak sangat ke?
ReplyDeleteorang pertol, apa sudah jadi? dulu beriya iya kalau ada universiti lah, siti lah kalau nak buat kajian kerja orang pertol?
ReplyDeleteorang pertol? orang pertol? mana orang pertol ni?
ReplyDeleteorang pertol?
orang peretol? mana lah orang peretol ni? tak abih lagi cerita pasal "sektor petroleum" ni?
ReplyDeleteitulah pasal, ni bukan "sektor petroleum" ni....
kalau tak apa?
ha, tu kena tanya orang pertol.
manalah orang pertol ni.....
orang petol? manalah orang tepol ni? orang petol? mana?
ReplyDeletehmmm.... nilah padah nya nak tulis pasal bende yang awak tak tau. sektor petroleum kono. bukan sektor petroleum, sektor keje technician kat loji........... and nak jual additive. kah kah kah
pertol people? what is this? is the you no write finish2?
ReplyDeletesalam...blh x cite ckit pasal apa itu tugas dan tanggujawad technicion HSE di loji oil & gas....tq
ReplyDeleteEn. Daud, Saya ingin menghubungi En. Untik berbincang mengenai sistem keselamatan gas. Ada apa-apa cara untuk saya hubungi?
ReplyDeleteNo saya : 018-8725270
simon.gastron@gmail.com
info yang sngt padat..very usefull..tapi nama2 proses yang dlm bahasa inggeris tu bole tak jadikan bahasa melayu..cauze..sekola guna bahasa melayu bukan bahasa inggeris dokk kalau nk search kat google tu..mmg semua ckp inggeris..tu je..tq
ReplyDelete