Tentu ramai yang balik kampung cuti sekarang ni kan?I pun tak lepaskan peluang balik kampung. Kampung I kat Kuantan. Yang I nak cerita masa kat Kuantan ni masa I cuci kereta. I cuci kereta dekat tepi MS Garden. I tau cuci kereta ni biasa je. Semua orang cuci kereta. Tapi cuci kereta sambil urut refleksologi tentu suatu yang baru. Sekurang2nya baru untuk I la.
Satu yang menarik bila kita tulis blog ni, mula la kita nak jadi macam wartawan. I pun interview la tuanpunya pusat refleksologi ni. Biasala, percaya tak percaya sebab muda sangat. Melayu lak tu. Biasakan refleksologi ni sinonim dengan chinese.
Nama panggilan dia Syed. Umur baru 23, tapi dah sampai tahap specialist dalam refleksologi ni. Sejarah dia, berguru dengan sifu dari taiwan bila mak dia kena stroke. Mak dia berubat cara refleksologi. Masa tu umur baru 18. Lepas mak dia sihat semula, terus dia berguru dengan sifu tu.
Bila guru dia terpaksa balik Taiwan, dia balik Kuantan. Kalau u biasa pegi Kuantan Parade, dia pernah keja dekat tempat urut refleksologi depan The Store. Ala yang bilik cermin tu. Dia je melayu kat situ masa tu. Patut dia dipilih jadi manager bila ada kekosongan, tapi sebab politik dapat kat orang lain. Lepas tu yang dia bukak kat car wash tu. Tu pun sebab tokey car wash tu percaya sebab pernah berurut dengan si Syed ni.
Tapi I yang respect kat Syed ni, visi masa depan dia. I tak leh la cerita habis takut ada yang curi idea dia. Tapi secara ringkasnya, dia nak tolong budak2 melayu. Sekarang ni pun ada 2 orang pekerja dia. Kalau u nak tau idea dia tu. u pegi interview dia sendiri.
Satu pesan dia dekat I pasal urutan refleksologi atau apa2 jenis urutan pun yang I akan ingat sampai bila2. Sebenarnya refleksologi atau urutan tu sendiri adalah cara berubat. So kalau masa u berurut tu, u tak sepatutnya disuruh makan ubat lain2. Kadang2 diorang ni saje nak buat duit lebih.
LESSON'S OF THE DAY
Kalau u all ingat, i ada mention pasal flare stack yang tak boleh ada langsung cecair hydrocarbon. Cecair dari cold flare perlu diwapkan dulu sebelum dihantar ke flare stack. Tetapi bagaimana untuk cecair2 yang ber 'density' berat. Cecair ini biasanya tak boleh diwapkan dengan fasiliti2 yang ada dekat sistem flare.
Untuk cecair2 sebegini, terdapat 1 lagi design flare yang dipanggil 'Burn pit' flare. Ianya merupakan 1 kawah konkrit yang besar yang menakung cecair ini sebelum dibakar. Tetapi asap yang terhasil sukar di kawal. So biasanya operation akan nyalakan burn pit ni waktu malam.
Sambungan komponen2 gas.
Propane (C3) - Menjadi salah bahan asas untuk salah satu loji titan, optimal dan MTBE (M) Sdn Bhd (MMSB) dalam menghasilkan propylene. Propane juga dieksport ke luar negara oleh PGB. Propylene yang terhasil dieksport ke luar negara oleh optimal, dan digunakan untuk menghasilkan polypropylene oleh titan dan MMSB. Selain untuk menghasilkan polypropylene, MMSB juga menjual propylene kepada BASF-Petronas Chemicals (BPC) untuk menghasilkan acrylic acid dan oxo alcohol. Campuran propane dan butane akan dipanggil Liquified Petroleum Gas (LPG) dan dibotolkan untuk dijual kepada pengguna sebagai gas memasak oleh Petronas, Shell, Esso dan Mobil.
Butane (C4) - Butane secara ringkasnya digunakan oleh MMSB dalam menghasikan methyl tertiary butyl ether (MTBE). Ini adalah bahan yang digunakan sebagai additive untuk minyak unleaded atau tanpa plumbum. Selain dari MMSB, PGB mengeksport butane ini ke luar negara.
Kita dah abis membincangkan pasal komponen2 gas. Gas2 ini diasingkan oleh PGB, diterima dalam bentuk gas dari platform2 luar pantai. Titan pula mendapat sumber gas2 ini hasil dari pemecahan minyak naphta atau naphta cracker.
Malaysia Liquified Natural Gas (MLNG) pula menyejukkan gas semulajadi dari platform luar pantai yang mengandungi keempat2 komponen ini sehingga berubah bentuk ke cecair dan mengeksport cecair LNG ini.
Sedar tak sedar dah hujung tahun dah pun. Hujung2 tahun ni, kalau kat company I ni, masa untuk bermasam muka sesama sendiri. Ye la, orang ni cakap dia bagus, orang tu cakap dia bagus. Semua nak bagitau yang diorang layak dapat rating bagus untuk individual performance assessment.
Bagi I senang je. Kalau u betul2 bagus, u tak payah cakap pun. Supervisor akan automatik pilih u. Biar orang lain yang menilai diri kita. Jangan kita menilai diri sendiri. Kalau kita yang buat penilaian, memang la kita je yang paling bagus. Mula la jumpa bos sana, jumpa bos sini bila supervisor bagi rating tak bagus.
Bos2 lak jangan la campur sangat urusan2 penilaian technician ni. Sekali u bersuara sapa nak lawan. Mula la supervisor serba salah, pilih orang yang diorang sendiri rasa tak layak.
LESSON'S OF THE DAY
Gas2 yang dilepaskan ke flare header ketika lebihan tekanan dari proses jarang sekali berlaku. Untuk memastikan semua gas2 yang dihantar dapat dibakar sepenuhnya, Flare stack dilengkapi dengan api pemula atau pilot burner yang sentiasa menyala. Pilot burner menggunakan fuel gas dari supplier, sama seperti fuel gas yang digunakan untuk flare header purge.
Kategori2 hydrocarbon yang digunakan kat malaysia adalah seperti berikut:
Methane (C1) : Inilah fuel gas yang dimaksudkan. Terdapat jaringan fuel gas pipeline di seluruh semananjung yang membolehkan penggunaan oleh loji2 dan kilang2 di seluruh semenanjung malaysia. Terdapat juga penggunaan untuk rumah2 dan terbaru, untuk penggunaan kenderaan ngv. Jaringan pipeline ini diuruskan oleh Petronas Gas Bhd(PGB). Gas Malaysia turut terlibat dalam perniagaan fuel gas untuk penggunaan rumah dan industri2.
Ethane (C2) : Merupakan bahan asas untuk loji Titan dan Ethylene Malaysia. Ethane ni diproses menjadi ethylene yang digunakan untuk menghasilkan polyethylene. Petlin Sdn Bhd pula menggunakan ethylene dalam menghasilkan low density polyethylene. Ethylene juga digunakan oleh loji optimal dalam menghasilkan ethylene oxide dan ethylene glycol.
Loji I yang 2 hari lepas start dah selamat beroperasi 100%. Maka bermula la sesi gaji mahal kami. Takde la sampai takde keja langsung, cuma keja kurang sikit la.
Masuk keja kul 7:30, makan jap pastu ambik sample kul 8. Dalam kawasan loji ni kami berbasikal je. Bawak pick-up bila perlu je. Sample2 yang dah di kumpul tu, hantar ke lab untuk dianalisa. Sample berikutnya kul 12 ngan kul 4 lak. Sample ni penting untuk menentukan yang produk yg dihasilkan mengikut spesifikasi atau tak.
In between sample kul 8 dengan kul 12 tu, kena ambik bacaan equipment2 dalam loji. Sambil2 pastikan semua rotating equipment mempunyai minyak pelincir yang secukupnya. Contoh rotating equipment macam blower angin untuk flare dalam posting sebelum ni. Kalau beroperasi tanpa minyak, rosak lak nanti equipment2 tu. Bacaan2 (readings) lak biasanya untuk rotating equipment yang besar2 seperti pemampat2 (compressors). Dengan mengambil reading, operator dapat pastikan yang equipment2 beroperasi dengan baik. Reading ni merangkumi paras minyak pelincir, paras tekanan, paras suhu, jumlah aliran gas dan sebagainya. Kalau semua reading normal, bermakna equipment berada pada tahap cemerlang.
In between kul 12 dengan kul 4 lak biasanya diisi dengan atucara housekeeping. Sehari pilih 1 equipment untuk buat housekeeping. Kira kategori bersih jugak la loji I ni. Company kecik pun, kami mengamalkan 5S jugak ok!!
LESSON'S OF THE DAY
Walaupun Flare Stack tak boleh terima langsung cecair hydrocarbon, terdapat jugak proses2 yang perlu melepaskan cecair ini apabila berlaku kenaikan tekanan yang berlebihan. Cecair ini perlu diubah bentuk kepada gas atau wap sebelum dihantar ke Flare Stack.
Untuk itu, Flare header dipecahkan kepada 2 :
a) Dry Flare header - Untuk mengendalikan pelepasan gas sahaja, dihantar ke flare knock-out drum dan seterusnya ke Flare Stack.
b) Cold Flare header - Untuk mengendalikan pelepasan cecair hydrocarbon yang, dikumpulkan di dalam cold flare drum. Vessel ini dilengkapi dengan sistem pengewapan (vaporisation). Gas atau wap yang terhasil diÀn·ar ke Flare Stack untuk pembakaran secara selamat.
Gaji murah ni term yang agak famous untuk kami. Gaji murah bila banyak keja. Secara scientificnya, perkiraan samada gaji murah atau gaji mahal berdasarkan formula berikut:
Gaji sehari / jumlah keja dibuat hari tu = gaji murah @ mahal
Kalau gaji RM100, jumlah keja hari tu pulak bawah 5, gaji = minimum RM 20 setiap keja. GAJI MAHAL!!. Simple engineering calculation. Selalu macam ni la, gaji sentiasa mahal.
Tapi dalam kes2 tertentu, terutamanya kilang tengah start macam hari ni, gaji memang murah. Keja time start-up macam hari ni, boardman akan panggil u setengah jam sekali. "Tolong bukak valve(injap) itu, tolong bukak valve ini". Baru masuk control room 5 minit dah kena panggil semula, kena keluar masuk loji semula.
Keja lak bukan dekat ground floor je, kena panjat dulu monkey ladder(tangga vertical yang perlu kekuatan tangan dan kaki untuk mendaki)sebab lokasi valve 200 kaki dari paras laut. Takde lift macam office2 u all. Memang penat, tapi ada seronoknya.
Seronok sebab keja ni perlu bergerak bebas. Takde la duduk je kat meja office. Keja ni sendiri macam exercise. Kadang2 kena bukak valve yang 200 pusingan valve wheel(roda pemutar) baru terbuka sepenuhnya. Sebab tu kalau u perhatikan betul2, orang technical dalam industri ni badan diorang2 berketul. Tapi kalau u nampak yang boroi tu, kira salah exercise la.
LESSON'S OF THE DAY
Flare stack dihubungkan dengan Flare knock-out drum dan setiap vessel dalam loji dengan menggunakan Flare header. Flare header piping ni adalah satu pipe yang besar sehingga mencecah diameter 48 inci untuk menampung semua pelepasan gas dari proses. Bayangkan rim kereta 16 inci anda tu untuk anggaran berapa besar pipe tu.
Memandangkan gas2 ini dibakar di ruang terbuka atau atmosphere, oksigen sangat mudah masuk ke header pipe sekiranya tiada pelepasan gas dari proses. Kemasukkan oksigen ini sangat merbahaya kerana campuran oksigen dan gas boleh terbakar di dalam header pipe.
Oleh itu, sangat penting untu mengekalkan tekanan di dalam pipe header supaya sentiasa lebih tinggi dari udara biasa. Penggunaan fuel gas purge atau gas methana/ethana secara continous (berterusan) dapat mengekalkan tekanan didalam flare header pipe dan seterusnya dibakar di Flare tip secara selamat.
25/12, semasa orang lain bergembira bercuti di hari krismas, kami bertungkus lumus bekerja di loji demi sesuap nasi. Beginilah situasinya yang kami terpaksa lalui saban tahun berkhidmat di sektor petroleum ni. Tapi betul ke suasana sedih camtu yang berlaku?
Takdela sedih sangat sebenarnya. Bekerja semasa cuti umum ni, tak kira la jatuh pada hari OFF atau hari bekerja akan dibayar overtime. Overtime yang dibayar pada hari cuti umum ni lak kebiasaanya 3x ganda dari gaji biasa. Kira berbaloi gak la orang lain bercuti kita bekerja.
Keja masa cuti umum ni lak cuma settlekan keja2 rutin je. Kalau hari biasa waktu pejabat tu, kotraktor ramai buat keja dalam loji. Nak kena jaga dan perhatikan diorang buat keja. Kena pastikan kerja2 diorang tak menjejaskan operasi loji. Time cuti umum camni diorang tak keja. Relax la sikit keja waktu ni.
Lagi satu, time cuti umum ni bos2 tak keja. Takde la arahan2 keja selain dari keja rutin. Bukan tak suka buat, tapi biasa la bos ni kan. Ada yang ok, ada yang kurang sikit. Kalau keja2 yang berkaitan dengan safety ataupun operasi takpe la. Kami ok je bagi komitmen 100%. Tapi kalau yang tak berkaitan tu, lain kali je la buat ye bos.
LESSON'S OF THE DAY
Flare stack adalah untuk pembakaran gas SAHAJA. Terdapat juga kes2 tertentu di mana cecair turut di lepaskan ke sistem flare header. Cecair ini perlu di asingkan dari gas sebelum dibakar.
Pernah berlaku di beberapa loji di mana cecair terlepas ke Flare Stack dan membuak2 keluar melalui Flare tip. Cecair ini terbakar dan menghasil kan bebola api ataupun Fireball mengikut istilah loji. Ini adalah kes kecemasan yang bukan hanya melibatkan Safety department, tapi turut melibatkan badan2 kerajaan seperti Bomba, Polis dan Hospital.
Untuk mengurangkan risiko, Flare header atau pipe besar yang menghubungkan proses dan flare stack akan melalui Flare knock-out drum. Tugas knock-out drum adalah untuk mengasingkan cecair dan gas, di mana cecair yang karektornya lebih berat akan berkumpul di bahagian bawah drum. Cecair ini akan dipam semula ke proses. Gas yang lebih ringan jisimnya dihantar ke Flare stack melalui pipe yg disambungkan di atas drum.
Untuk tujuan analisis cecair atau gas ini, pihak Operation akan mengambil sample dan menghantarnya ke Laboratory atau makmal. Sample ini akan diuji menggunakan Gas chromatography atau GC. Makmal ini diuruskan oleh chemist dan lab technician. Degree dan diploma yang diperlukan samada degree chemistry ataupun degree chemical engineering.
Drum atau vessel pula adalah tangki yang berbentuk silinder yang diperbuat dari carbon steel ataupun stainless steel. Size atau ketebalan dinding vessel bergantung kepada kuantiti cecair atau gas yang perlu ditampung dan ketinggian tekanan proses tersebut. Semakin tinggi pressure, semakin tebal dinding2 vessel. Vessel2 bertekanan tinggi akan diperiksa oleh pihak DOSH semasa Turnaround sebelum diisytiharan selamat untuk beroperasi dan diperbaharui CF.
NOTE TAMBAHAN UNTUK MEREKA YANG TERLIBAT DENGAN CARIGALI MINYAK :
Terimakasih kepada En anonymous yang memberi list2 jawatan yang ada di pelantar minyak dalam ruangan komen sebelum ini. Memang saya berada di sektor downstream ataupun petrochemical. Jawatan2 di loji petrochemical adalah lebih kurang sama dengan loji penapisan minyak atau gas. Untuk jawatan2 di pelantar minyak, saya memerlukan anda atau sesiapa sahaja untuk memberikan input kelayakan yang diperlukan dan tugas2 mereka secara ringkas. Anda juga boleh menulis pengalaman anda di pelantar untuk dikongsi bersama.
Loji I bekerja ada la lebih kurang 20km dari bandar. Loji I ni dekat je dengan loji anak syarikat 1 company besar. Coverall diorang pakai ni memang kira menyerlah la. Ye la company besar, ramai orang tau la kan.
Yang I tak syok tengok, time2 I ke bandar jumpa jugak yang pakai coverall camni. Ye la mungkin u nak settlekan urusan2 bank dengan bil2 u.Tapi kalau sebelum pukul 1 petang atau dah lebih pukul 2 petang ada kat bandar tu apa cerita? Kalau bos2 besar u nampak tak ke naya. Waktu keja ada kat bandar. Nak kata u OFF, pakai uniform. Siap dengan walkie talkie lagi kat pinggang.
Ala kalau nak settle urusan2 tu buat je la masa OFF u. Tak yah la time2 keja. Kalau ada apa2, accident ke dalam perjalanan tu camne? Tak ke menyusahkan bos u nak jawap dekat management. U jangan main2. Benda ni serius tau. Silap2 boleh kena buang keja.
I bukan jeles dengan company u tu ok. Company I memang kecik je tapi rasanya gaji lagi besar. Duit bisnes internet tu pun banyak masuk. I sekadar ingat mengingatkan sesama insan je.
LESSON'S OF THE DAY
Loji yang beroperasi 24jam sehari ni memerlukan Flare Stack yang sentiasa berfungsi. Apa2 masalah yang timbul perlu diselesaikan segera. Jadi amat penting untuk simpan komponen spare yang mencukupi sebab kebanyakan komponen tak buat di Malaysia.
Keja2 membuat tempahan dan menjaga kuantiti komponen spare ni di bawah Material Service Department(MSD). Department ni biasanya dianggap non-technical. Degree dan diploma bisnes boleh memohon keja kat department ni.
Selain dari MSD ni, department2 non-technical yang lain sama je la. Ada HRM, ada Finance dan Quality. Steno pun berpeluang gak untuk join. Yang degree2 atau diploma2 untuk department2 ni sama je dengan company2 lain. U all lagi tau dari I. So I tak cite detail la.
Macam I sebut sebelum ni, loji2 sektor petroleum ni operasi dia merbahaya sikit. Kawalan dan pemeriksaan keluar masuk loji kena ketat. Biasanya tak pakai guard biasa. Company ada staff sendiri yang lebih dikenali dengan nama polis bantuan. Yang ni perlu SPM disamping sihat tubuh badan.
Kita dah abis bercerita pasal department2 dan peluang2 pekerjaan yang ada dalam di loji untuk sektor petroleum ni. Sapa2 yang berminat dah boleh mintak keja untuk jawatan2 yang bersesuaian ok?
I keja shift ni yang cycle 4 hari keja 4 hari off. Tapi masa OFF 4 hari jarang dapat penuh. Kena ganti orang bercuti la, pegi kursus la, yang ditugaskan oleh syarikat buat aktiviti luar shift la. Biasanya dapatla 2 hari OFF 2 hari overtime masa OFF tu. Kira ok jugak la, hari pertama OFF tido je sebab pagi OFF pertama tu baru balik dari keja malam, hari kedua boleh la bawak family pusing2 jalan2.
Tapi dalam kes2 tertentu, takde orang sangat nak ganti, kena jugak keja 3 hari, OFF tinggal 1 hari je. You all bayang, balik keja pagi OFF pertama tu, tido je siang tu, malam berjaga sekejap pastu dah waktu tido. Esok nak masuk keja pagi semula. Ni yang I cakap OFF tak macam OFF ni.
Nasib baik company bayar overtime. Kalau 3 hari keja dah 36jam overtime sebab sehari waktu keja 12 jam. Income memang lumayan keja shift ni tapi kena sabar sikit la.
LESSON'S OF THE DAY
Satu lagi department teknikal yang terlibat dengan Flare Stack ni adalah Technical Service Department(TSD). TSD ni terbahagi kepada beberapa cabang:
1) TSD PROCESS - Diorang ni macam internal consultant untuk Operation Department. Apa2 problem berkaitan operasi yang tak dapat diselesaikan biasanya akan dirujuk kat diorang ni. Diorang ada expert2 yang pernah bertugas di Operation. Tapi diorang ada jugak ambik junior engineer yang fresh graduate. Degree yang diperlukan sama macam nak masuk Operation gak. Section ni jarang ambik technician.
2) TSD PROJECT - Section ni bertugas untuk setiap modification yang diperlukan. Best jugak keja kat section ni sebab u all akan design setiap modification tu sendiri. Jadi, pengalaman dalam bidang maintenance diperlukan. Setiap maintenance section ada wakil dalam TSD Project ni, mechanical static, rotating, Instrument, Electrical dan Civil. Untuk junior executive, degree yang sama macam nak join maintenance diperlukan.
Technician kat section TSD Project ni biasanya draftman. Kena mahir dalam lukis drawing. Biasa mahir menggunakan AUTOCAD software. Diploma dalam Maintenance Engineering yang berkaitan diperlukan.
3} TSD Inspection - TSD Inspection section ni penting sebagai orang tengah antara company dengan DOSH. Diorang ni perlu memeriksa setiap static equipment dalam loji termasuk la Flare Stack ni. Diorang perlu sediakan repot yang lengkap untuk setiap equipment dan berhubung dengan mechanical static kalau ada apa2 repair yang diperlukan. Final repot lepas repair akan diberi pada DOSH untuk memperbaharui CF loji. Degree dan diploma yang diperlukan sama dengan mechanical static section. Tambahan sijil API 510, standard yang digunakan oleh Inspection juga diperlukan. Tapi biasanya company yang akan hantar untuk dapatkan sijil ni. Calon yang berminat tak perlu risau.
Dah masuk hujung tahun dah pun. Biasanya gaji bulan 12 ni sekali dengan bonus. Tak tau la company I bagi ke tak. Kalau ada boleh arrange family day untuk shift I lagi, bercuti kat mana2. Seronok gak cuti ramai2 camtu.
Kalau time business kencang sebelum ni, dapat gak lima enam bulan bonus. Tahun ni mungkin 3 bulan je kot. Company sempat buat duit sebelum olimpik je, sebelum gawat. Syukur la tu. Sektor lain tak tentu ada ke tak bonus tu.
Untuk diploma holder, I cadangkan u masuk company besar2. Diorang ada kesatuan sekerja yang deal pasal kenaikan gaji, bonus atau apa2 je la pasal kebajikan pekerja. Macam company member I, memang dah fix 2 bulan setahun bonus dalam perjanjian bersama antara kesatuan sekerja dengan company. Kalau company untung lebih, siap tambah lagi bonus tu. Best kan?
Tapi company I kecik je. Bagi betul2 ikut keuntungan. Tapi u all jangan risau la. Sektor petroleum ni susah nak jumpa yang tak untung. Ada, tapi sikit sangat yang tak untung tu. Company2 vendor atau yg terlibat dengan Turnaround dan modification tu pun banyak untung buat business dengan sektor petroleum ni. So, dengan gaji tinggi, ada bonus lagi, u all tak tertarik lagi ke nak join? Tu, I ada sediakan link2 company kalau u nak contact diorang. Pandai2 la ye.
LESSON'S OF THE DAY
Kita tak abis lagi cerita pasal department2 yang terlibat dengan Flare Stack. Ingat lagi tak, I ada cakap pasal DOE dan pembakaran tanpa asap hitam? Untuk menghasilkan sesuatu pembakaran, 3 elemen penting perlu ada, bahan bakar(fuel), oksigen dan haba. Asap hitam terhasil bila kadar oksigen tidak mencukupi. Flare Stack biasanya dibekalkan dengan wap air(steam) ataupun angin untuk menambah kadar oksigen di muncung flare stack (flare tips).
Untuk flare stack yang menggunakan angin, air blower digunakan untuk membekalkan angin yang mencukupi untuk pembakaran sempurna. Air blower ni salah satu jenis pemampat tapi untuk aplikasi2 yang bertekanan rendah. Sebagai sebahagian daripada Rotating equipment, blower ni adalah dibawah selenggaraan Maintenance mechanical rotating section. Degree yang diperlukan untuk executive semestinya mechanical engineering. Untuk technician diploma dalam mechanical dah cukup.
Equipment2 kat loji terbahagi kepada 2, samada Rotating equipment ataupun static equipment. Rotating equipment untuk peralatan yang menghantar cecair atau gas secara kinetik. Contoh macam blower tadi. Angin dari persekitaran disedut dan dinaikkan tekanan supaya boleh mengalir melalui pipeline sehingga sampai ke muncung Flare Stack. Flare stack ni lak adalah diklasifikasikan dibawah static equipment dan diselenggarakan oleh Maintenance mechanical static section. Section ni pulak memerlukan executive2 yg mempunyai samada degree mechanical, metallurgical atau material technology. Diploma untuk technician.
Satu lagi cabang maintenance mechanical adalah civil section. Antara yang diselenggarakan oleh civil dekat Flare Stack ni ialah tapak konkrit(foundation) untuk flare stack, tangga2 dari bawah sampai ke muncung flare stack dan platform2 yang ada melekat dekat badan Flare Stack tu. Degree dan diploma yang diperlukan untuk executive dan technician adalah mechanical ataupun civil engineering.
Kat loji ni I keja shift. Ye la budak operation. I berani cakap rakan sekerja dalam shift ni lebih rapat sebab office hour keja 8 jam je. Shift lak 12 jam. Cara kerja dalam shift ni lak kerja buat secara teamwork. Dengan executive sekali turun padang kalau ada kerja. Mana2 executive yang protokol sangat dengan standard dia tu tak lama la jawapnya. Camne u nak hidup 12 jam 1 hari kalau orang buat tak layan. Tu yang hubungan kami rapat. Masa free bersembang semua topik keluar. Bila dah habis topik, mula la masuk bab2 personal. Tu yang buat makin rapat.
Orang shift income lebih sikit compare dengan office hour. Selain dari elaun shift tu sendiri, shift sekali overtime 12 jam. Kalau department lain tu overtime bergantung pada kerja. Kadang2 sejam dua je overtime. Paling syok, time Turnaround. Ala yang planned shutdown untuk DOSH inspection tu. Masa tu time 4 hari off, 3 hari keja sehari je off. Time keja lak kadang2 lebih 12 jam. Lepas Turnaround masing2 banyak duit, cuti ramai2 abis 1 shift pegi. So antara family2 pun rapat gak.
Tapi dalam banyak2 yang dapat tu, masih tak leh lawan apa yang member2 dapat offer kat middle east tu. Ada yang cecah 20 ribu sebulan. Ye la tinggal anak isteri kalau tak dapat offer tinggi orang tak pegi lak kan? Tapi yang I nak bagitau kat sini, market untuk kerja kat sana HANYA untuk budak2 operation je. Diorang nak process specialist yang berkaitan dengan loji2 diorang. Kebanyakannya hanya guna experience keja je untuk apply kat sana. Laku macam goreng pisang panas kan operation ni?
Tujuan I angkat bakul department Operation ni nak tarik minat budak2 diploma yang technical course macam mechanical atau Instrumentation tu. Sekarang ni kita ada lambakan pekerja mechanical, Instrument ngan Electrical kat Malaysia ni. Kalau u tak dapat keja berkaitan apa yang u blaja, u boleh apply untuk jadi operator. Memang sebelum ni I cakap nak diploma Petroleum atau Chemical, tapi tak penting sangat sebab u akan diajar dari A ke Z jugak bila masuk. Sekarang ni kalau banyak kosong pun, post operation je yang banyak, sebab dah ramai operation yang pergi middle east. Timbang2 kan lah.
LESSON'S OF THE DAY
Perlu diingat yang I ni penulis professional. Penulisan I ada story line. So kalau u lost kat mana2, buka semula posting yang lepas2. Jap I nak kena bukak, I lupa berenti kat mana.
Ok, operation mengawal operasi Flare Stack dengan bantuan alat2 Instrumentation yang canggih. Bacaan tekanan (pressure), paras air di bahagian bawah Flare Stack, semuanya ditukarkan kepada signal elektronik dan maklumat2 ini dihantar ke Control Room untuk diawasi oleh Boardman. Sekiranya paras air berkurangan, air akan diisi secara automatik oleh system komputer DCS (Distributed control system) dengan menghantar signal elektronik untuk mengawal injap (control valve). System2 Instrumentation ini adalah dibawah selenggaraan Maintenance Instrumentation section. Executivenya perlu mempunyai degree dalam Instrumentation ataupun Elektronik. Instrument technician lak perlu ada diploma untuk kursus yang sama.
System DCS dibekalkan dengan high voltage current, sebelum direndahkan voltage untuk kegunaan DCS. Selain dari main power supply, terdapat generator dan system backup power UPS (Uninterrupted power supply) untuk memastikan perjalanan loji masih terkawal semasa blackout. Semua2 ni tak lain tak bukan dalam selenggaraan Maintenance Electrical section. Degree dalam Elektrical untuk engineer, diploma untuk technician. Terdapat tambahan sijil AO diperlukan untuk mengawal main supply dari TNB sebab voltage yang masuk lebih tinggi. Diorang yang ada sijil AO ni lebih dikenali sebagai chargeman, pangkat tinggi sikit dari technician.
Info : Kami masih lagi dalam proses mengumpul link2 loji2 petroleum dan petrochemical, contractor2 yg terlibat semasa Turnaround ataupun modification work dan vendor2 yang berkaitan membekalkan peralatan loji. Sebagai tambahan, nak submit link loji2 kat middle east pun boleh. Link ni boleh adik2 kita gunakan nak hantar resume ke, nak tau bakal tempat keja diorang ke, atau kita2 nak mintak keja kat middle east. U all boleh hantar kat ruangan komen mana2 artikel. Nanti I review.
You all ingat lagikan term 'shutdown' yg I guna dulu? 'Shutdown' atau loji stop ni biasanya dirancang atau tak dirancang. Dah dirancang atau 'planned shutdown' ni biasanya untuk 'repair' sebelum pemeriksaan oleh pehak kerajaan yang dilantik iaitu Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerja (JKKP@DOSH). Ni untuk memperbaharui CF loji. Kalau CF rumah tu sekali je perlu sebelum kita masuk rumah baru kan, tapi CF loji ni tahan 2 atau 3 tahun je. Ni nak pastikan yang setiap loji selamat untuk beroperasi. 'Planned shutdown' lebih dikenali dengan 'Turnaround' pada sesiapa yang terlibat dalam industri petroleum ni.
Berbalik pada kes loji I ni, loji I ni kira 'unplanned shutdown' la. Terpaksa 'shutdown' sebab produk takde orang nak beli. Tapi untuk kami, kami gunakan peluang ni untuk 'repair' apa-apa je 'equipment' yang tak boleh dibaiki masa loji beroperasi. Nak pastikan yang bila beroperasi nanti, takde masalah lain yang timbul. Kira banyak gak la keja walaupun loji tak jalan. Masing2 sibuk gak la ataupun buat2 sibuk. Takpe yang penting semua keja beres mengikut jadual.
LESSON'S OF THE DAY
Hari ini I akan cuba tunjukkan kaitan setiap jabatan atau 'department' dalam industri petroleum ni. Mungkin sikit sebanyak boleh bantu sapa2 je yg perlukan informasi ni. Kita gunakan 'flare stack' untuk tunjukkan kaitan department2 mana yang terlibat.
Semua equipment dalam loji termasukla Flare Stack adalah di bawah kawalan 'operation department' dengan department2 lain bertindak sebagai department sokongan. Operation ni majoritinya keja shift. Ada 4 shift dalam satu loji. Banyak loji yang guna shift cycle 12 jam. 2 shift keja 2 shift 'off'. Loji I gunakan shift cycle 12jam, 2 hari keja siang, 2 hari keja malam, 4 hari off. Member2 I kat Petronas pun cakap diorang pakai cycle yang sama. Operation terdiri dari Executive, boardman dan operator. Bebaik panggil operator, ada yang marah nak suruh panggil diorang operation technician. Bagi I nak panggil apa2 pun ikut suka la. Sebab I tau Operation yang paling banyak income dalam satu2 loji. Executive bertanggungjawap atas keseluruhan perjalanan shift, boardman jaga komputer yang control keseluruhan proses dalam loji termasuk flare stack, operator jaga equipment dalam loji. Nak masuk operation kena ada degree dalam chemical engineering atau petroleum untuk jadi executive, diploma untuk jadi operator. Pastu bila dah keja lama sebagai operator baru dinaikkan jadi boardman.
Operation kena pastikan yang Flare Stack ni beroperasi dengan baik dan selamat. Kalau ada masalah, Operation akan 'inform' department2 yg berkaitan dengan masalah tu untuk selesaikan. Cara 'inform' tu biasanya menggunakan 'network software'. So kat sini 'IT personal diperlukan'. Biasanya 'standard' yang digunakan semua department untuk ambik pekerja ni, degree untuk executive dan diploma untuk technician. So samala ngan IT ni.
Flare stack ni kritikal sikit sebab gas yang dibakar tu terlepas terlepas ke atmospera (pembakaran terbuka). Kalau ada asap hitam je lebih dari sejam, boleh kena saman dengan Jabatan Alam Sekitar (JAS@DOE). Macam loji I, kalau ada je asap hitam lebih 5 minit dah kena buat repot. Kira persedian kalau2 disoal oleh DOE. Department yang deal dengan DOE ni biasanya department safety atau HSE (Health, Safety and Environment). Diorang ni biasanya ada degree dalam Safety atau Environmental science. Chemical engineer pun boleh masuk gak. Bila dapat keja, department akan hantar pergi kursus2 safety. Tak perlu risau. HSE department jugak bertindak dalam kes2 kebakaran atau tumpahan petroleum atau chemical. Setiap loji mempunyai trak fire fighting sendiri. Fire fighting section ni perlukan mereka yang berpengalaman. Bekas kakitangan bomba ramai yang join department ni.
Cukupla 3 department ni dulu I share dengan u all, nanti kita sambung lagi.
Hari ni kilang masih lagi stop @ shutdown. Dah sebulan lebih dah pun tak jalan. Tak jalan bukan sebab mesin problem atau sebab repair. Tak jalan sebab produk tak leh nak jual. Tangki produk dah penuh. Risau bukan main lagi bila kena camni.
Kenapa risau? Mau nya tak risau. You tak dengar ke kat sana sini orang duk cakap pasal nak kurangkan pekerja, nak tutup kilang atau bisnes. Bila kilang tak jalan camni mula la duk pikir yang bukan2. Ye la kalau dah tutup, anak2 tu nak bagi makan camne.
Kilang Petronas pun ada yang nak tutup? Tak tau la betul tak. Tapi kalau yg JV (join venture) tu mungkin la kot. Pelabur luar ni kalau tak untung diorang tau tutup kedai je. I rasa kalau betul la diorang nak lari, biarkan je la. Petronas kena take over saham2 diorang tu. Biasa la macam bskl gak, kita beli masa harga tengah rendah. Lepas setahun dua nanti untung gila2 la. Org macam I ni pun boleh tumpang mintak keja ngan kilang2 tu. Boleh join Petronas.
Time2 ekonomi camni terasa lak bertuahnya membe2 yang pegi keja middle east tu. Dah la gaji je dah 3 kali ganda dari yang keja kilang kat sini, sekarang ni lak diorang macam tak terjejas langsung. Takde dengar ada kilang nak tutup kat middle east tu. Makin nak pakai orang lagi ada la. Kira Malaysia ni bertuah la ada pekerja2 yang setia macam I ni. Setia berkhidmat walaupun gaji kecik sikit. Tu pun orang duk marah2 cakap gaji kita kat sini mahal. Tapi betul la mahal la sikit berbanding sektor lain. Tapi belum cukup kalau ambik kira bahaya2 yang terpaksa dihadapi.
Bahaya, memang bahaya. Bahaya petroleum tu sendiri mudah terbakar sampai boleh hasilkan letupan. Bahaya panas yang melampau mencecah 1000°C. Air mendidih kat dapur baru 100°C. Bahaya sejuk melampau mencecah -150°C. Kalau gas sejuk ni kena sapa2, boleh hancur bersepai macam cerita2 mat saleh kat tv tu. Camtu la. Bahaya keja tempat tinggi. Bahaya keja di ruangan tertutup. Macam2 bahaya lagi. Kena ikut peraturan betul2. Ikut prosedur. Takde shortcut2.
So keja kita orang ni menggadai nyawa gak la kalau nak diikutkan. Tapi ok la cari rezeki yang halal. Memang mencabar sikit.
LESSON'S OF THE DAY
Kalau u all pernah lalu kat kerteh atau tengok kilang2 petroleum kat tv, yang tinggi2 ada keluar api kat muncung tu nama dia 'flare stack'. Gas yang dibakar tu gas2 lebihan dari kilang2. Flare stack tu jugak digunakan untuk membakar gas yang dilepaskan sebagai langkah keselamatan untuk mengelakkan lebihan tekanan yang berlaku(over pressure). Kalau gas tak dilepaskan semasa tekanan terlalu tinggi boleh menyebabkan insiden pipe pecah dah sebagainya. Pembakaran secara terkawal ni adalah selamat. Tak perlu risau.
Hi you all. Nama I Daud, salah seorang yang terlibat dalam sektor petroleum. Dalam blog ni, I akan berkongsi pengalaman dan pengetahuan di bidang ini dengan you all. You all boleh reply atau komen penulisan2 I nanti. So I menulis, u all pun menulis. Mungkin penulisan kita nanti dapat digunakan oleh student2 dan lecturer2 kat universiti tu. Dan mungkin jugak dapat menarik minat mereka2 di luar sana untuk join komuniti pekerja sektor petroleum. Parents pun boleh follow blog ini utk dikongsi dengan anak2 tentang kerjaya yang memberi pulangan yang agak lumayan.
Perlu diingat yang I bukanlah terre sangat tapi I akan cuba jugak share simple2 knowledge tentang equipment2 yang ada kat kilang kita. U all boleh tambah apa2 yang I tertinggal dalam ruangan reply/komen tu. Komuniti kita bukan orang2 teknikal je. Department2 lain seperti finance, hrm, atau sesiapa saja boleh dapat knowledge dari perbincangan kita.
Hi you all. Nama I Daud, salah seorang yang terlibat dalam sektor petroleum. Dalam blog ni, I akan berkongsi pengalaman dan pengetahuan di bidang ini dengan you all. You all boleh reply atau komen penulisan2 I nanti. So I menulis, u all pun menulis. Mungkin penulisan kita nanti dapat digunakan oleh student2 dan lecturer2 kat universiti tu. Dan mungkin jugak dapat menarik minat mereka2 di luar sana untuk join komuniti pekerja sektor petroleum. Parents pun boleh follow blog ini utk dikongsi dengan anak2 tentang kerjaya yang memberi pulangan yang agak lumayan.
Perlu diingat yang I bukanlah terre sangat tapi I akan cuba jugak share simple2 knowledge tentang equipment2 yang ada kat kilang kita. U all boleh tambah apa2 yang I tertinggal dalam ruangan reply/komen tu. Komuniti kita bukan orang2 teknikal je. Department2 lain seperti finance, hrm, atau sesiapa saja boleh dapat knowledge dari perbincangan kita.