Monday, December 29, 2008

SESI GAJI MAHAL!





Loji I yang 2 hari lepas start dah selamat beroperasi 100%. Maka bermula la sesi gaji mahal kami. Takde la sampai takde keja langsung, cuma keja kurang sikit la.

Masuk keja kul 7:30, makan jap pastu ambik sample kul 8. Dalam kawasan loji ni kami berbasikal je. Bawak pick-up bila perlu je. Sample2 yang dah di kumpul tu, hantar ke lab untuk dianalisa. Sample berikutnya kul 12 ngan kul 4 lak. Sample ni penting untuk menentukan yang produk yg dihasilkan mengikut spesifikasi atau tak.

In between sample kul 8 dengan kul 12 tu, kena ambik bacaan equipment2 dalam loji. Sambil2 pastikan semua rotating equipment mempunyai minyak pelincir yang secukupnya. Contoh rotating equipment macam blower angin untuk flare dalam posting sebelum ni. Kalau beroperasi tanpa minyak, rosak lak nanti equipment2 tu. Bacaan2 (readings) lak biasanya untuk rotating equipment yang besar2 seperti pemampat2 (compressors). Dengan mengambil reading, operator dapat pastikan yang equipment2 beroperasi dengan baik. Reading ni merangkumi paras minyak pelincir, paras tekanan, paras suhu, jumlah aliran gas dan sebagainya. Kalau semua reading normal, bermakna equipment berada pada tahap cemerlang.

In between kul 12 dengan kul 4 lak biasanya diisi dengan atucara housekeeping. Sehari pilih 1 equipment untuk buat housekeeping. Kira kategori bersih jugak la loji I ni. Company kecik pun, kami mengamalkan 5S jugak ok!!

LESSON'S OF THE DAY

Walaupun Flare Stack tak boleh terima langsung cecair hydrocarbon, terdapat jugak proses2 yang perlu melepaskan cecair ini apabila berlaku kenaikan tekanan yang berlebihan. Cecair ini perlu diubah bentuk kepada gas atau wap sebelum dihantar ke Flare Stack.

Untuk itu, Flare header dipecahkan kepada 2 :

a) Dry Flare header - Untuk mengendalikan pelepasan gas sahaja, dihantar ke
flare knock-out drum dan seterusnya ke Flare Stack.

b) Cold Flare header - Untuk mengendalikan pelepasan cecair hydrocarbon yang,
dikumpulkan di dalam cold flare drum. Vessel ini
dilengkapi dengan sistem pengewapan (vaporisation). Gas
atau wap yang terhasil diÀn·ar ke Flare Stack untuk
pembakaran secara selamat.

No comments:

Post a Comment