




I keja shift ni yang cycle 4 hari keja 4 hari off. Tapi masa OFF 4 hari jarang dapat penuh. Kena ganti orang bercuti la, pegi kursus la, yang ditugaskan oleh syarikat buat aktiviti luar shift la. Biasanya dapatla 2 hari OFF 2 hari overtime masa OFF tu. Kira ok jugak la, hari pertama OFF tido je sebab pagi OFF pertama tu baru balik dari keja malam, hari kedua boleh la bawak family pusing2 jalan2.
Tapi dalam kes2 tertentu, takde orang sangat nak ganti, kena jugak keja 3 hari, OFF tinggal 1 hari je. You all bayang, balik keja pagi OFF pertama tu, tido je siang tu, malam berjaga sekejap pastu dah waktu tido. Esok nak masuk keja pagi semula. Ni yang I cakap OFF tak macam OFF ni.
Nasib baik company bayar overtime. Kalau 3 hari keja dah 36jam overtime sebab sehari waktu keja 12 jam. Income memang lumayan keja shift ni tapi kena sabar sikit la.
LESSON'S OF THE DAY
Satu lagi department teknikal yang terlibat dengan Flare Stack ni adalah Technical Service Department(TSD). TSD ni terbahagi kepada beberapa cabang:
1) TSD PROCESS - Diorang ni macam internal consultant untuk Operation Department. Apa2 problem berkaitan operasi yang tak dapat diselesaikan biasanya akan dirujuk kat diorang ni. Diorang ada expert2 yang pernah bertugas di Operation. Tapi diorang ada jugak ambik junior engineer yang fresh graduate. Degree yang diperlukan sama macam nak masuk Operation gak. Section ni jarang ambik technician.
2) TSD PROJECT - Section ni bertugas untuk setiap modification yang diperlukan. Best jugak keja kat section ni sebab u all akan design setiap modification tu sendiri. Jadi, pengalaman dalam bidang maintenance diperlukan. Setiap maintenance section ada wakil dalam TSD Project ni, mechanical static, rotating, Instrument, Electrical dan Civil. Untuk junior executive, degree yang sama macam nak join maintenance diperlukan.
Technician kat section TSD Project ni biasanya draftman. Kena mahir dalam lukis drawing. Biasa mahir menggunakan AUTOCAD software. Diploma dalam Maintenance Engineering yang berkaitan diperlukan.
3} TSD Inspection - TSD Inspection section ni penting sebagai orang tengah antara company dengan DOSH. Diorang ni perlu memeriksa setiap static equipment dalam loji termasuk la Flare Stack ni. Diorang perlu sediakan repot yang lengkap untuk setiap equipment dan berhubung dengan mechanical static kalau ada apa2 repair yang diperlukan. Final repot lepas repair akan diberi pada DOSH untuk memperbaharui CF loji. Degree dan diploma yang diperlukan sama dengan mechanical static section. Tambahan sijil API 510, standard yang digunakan oleh Inspection juga diperlukan. Tapi biasanya company yang akan hantar untuk dapatkan sijil ni. Calon yang berminat tak perlu risau.
No comments:
Post a Comment