Friday, December 12, 2008

GAWAT YANG SEMAKIN TERASA


Hari ni kilang masih lagi stop @ shutdown. Dah sebulan lebih dah pun tak jalan. Tak jalan bukan sebab mesin problem atau sebab repair. Tak jalan sebab produk tak leh nak jual. Tangki produk dah penuh. Risau bukan main lagi bila kena camni.

Kenapa risau? Mau nya tak risau. You tak dengar ke kat sana sini orang duk cakap pasal nak kurangkan pekerja, nak tutup kilang atau bisnes. Bila kilang tak jalan camni mula la duk pikir yang bukan2. Ye la kalau dah tutup, anak2 tu nak bagi makan camne.

Kilang Petronas pun ada yang nak tutup? Tak tau la betul tak. Tapi kalau yg JV (join venture) tu mungkin la kot. Pelabur luar ni kalau tak untung diorang tau tutup kedai je. I rasa kalau betul la diorang nak lari, biarkan je la. Petronas kena take over saham2 diorang tu. Biasa la macam bskl gak, kita beli masa harga tengah rendah. Lepas setahun dua nanti untung gila2 la. Org macam I ni pun boleh tumpang mintak keja ngan kilang2 tu. Boleh join Petronas.

Time2 ekonomi camni terasa lak bertuahnya membe2 yang pegi keja middle east tu. Dah la gaji je dah 3 kali ganda dari yang keja kilang kat sini, sekarang ni lak diorang macam tak terjejas langsung. Takde dengar ada kilang nak tutup kat middle east tu. Makin nak pakai orang lagi ada la. Kira Malaysia ni bertuah la ada pekerja2 yang setia macam I ni. Setia berkhidmat walaupun gaji kecik sikit. Tu pun orang duk marah2 cakap gaji kita kat sini mahal. Tapi betul la mahal la sikit berbanding sektor lain. Tapi belum cukup kalau ambik kira bahaya2 yang terpaksa dihadapi.

Bahaya, memang bahaya. Bahaya petroleum tu sendiri mudah terbakar sampai boleh hasilkan letupan. Bahaya panas yang melampau mencecah 1000°C. Air mendidih kat dapur baru 100°C. Bahaya sejuk melampau mencecah -150°C. Kalau gas sejuk ni kena sapa2, boleh hancur bersepai macam cerita2 mat saleh kat tv tu. Camtu la. Bahaya keja tempat tinggi. Bahaya keja di ruangan tertutup. Macam2 bahaya lagi. Kena ikut peraturan betul2. Ikut prosedur. Takde shortcut2.

So keja kita orang ni menggadai nyawa gak la kalau nak diikutkan. Tapi ok la cari rezeki yang halal. Memang mencabar sikit.

LESSON'S OF THE DAY

Kalau u all pernah lalu kat kerteh atau tengok kilang2 petroleum kat tv, yang tinggi2 ada keluar api kat muncung tu nama dia 'flare stack'. Gas yang dibakar tu gas2 lebihan dari kilang2. Flare stack tu jugak digunakan untuk membakar gas yang dilepaskan sebagai langkah keselamatan untuk mengelakkan lebihan tekanan yang berlaku(over pressure). Kalau gas tak dilepaskan semasa tekanan terlalu tinggi boleh menyebabkan insiden pipe pecah dah sebagainya. Pembakaran secara terkawal ni adalah selamat. Tak perlu risau.

No comments:

Post a Comment