


25/12, semasa orang lain bergembira bercuti di hari krismas, kami bertungkus lumus bekerja di loji demi sesuap nasi. Beginilah situasinya yang kami terpaksa lalui saban tahun berkhidmat di sektor petroleum ni. Tapi betul ke suasana sedih camtu yang berlaku?
Takdela sedih sangat sebenarnya. Bekerja semasa cuti umum ni, tak kira la jatuh pada hari OFF atau hari bekerja akan dibayar overtime. Overtime yang dibayar pada hari cuti umum ni lak kebiasaanya 3x ganda dari gaji biasa. Kira berbaloi gak la orang lain bercuti kita bekerja.
Keja masa cuti umum ni lak cuma settlekan keja2 rutin je. Kalau hari biasa waktu pejabat tu, kotraktor ramai buat keja dalam loji. Nak kena jaga dan perhatikan diorang buat keja. Kena pastikan kerja2 diorang tak menjejaskan operasi loji. Time cuti umum camni diorang tak keja. Relax la sikit keja waktu ni.
Lagi satu, time cuti umum ni bos2 tak keja. Takde la arahan2 keja selain dari keja rutin. Bukan tak suka buat, tapi biasa la bos ni kan. Ada yang ok, ada yang kurang sikit. Kalau keja2 yang berkaitan dengan safety ataupun operasi takpe la. Kami ok je bagi komitmen 100%. Tapi kalau yang tak berkaitan tu, lain kali je la buat ye bos.
LESSON'S OF THE DAY
Flare stack adalah untuk pembakaran gas SAHAJA. Terdapat juga kes2 tertentu di mana cecair turut di lepaskan ke sistem flare header. Cecair ini perlu di asingkan dari gas sebelum dibakar.
Pernah berlaku di beberapa loji di mana cecair terlepas ke Flare Stack dan membuak2 keluar melalui Flare tip. Cecair ini terbakar dan menghasil kan bebola api ataupun Fireball mengikut istilah loji. Ini adalah kes kecemasan yang bukan hanya melibatkan Safety department, tapi turut melibatkan badan2 kerajaan seperti Bomba, Polis dan Hospital.
Untuk mengurangkan risiko, Flare header atau pipe besar yang menghubungkan proses dan flare stack akan melalui Flare knock-out drum. Tugas knock-out drum adalah untuk mengasingkan cecair dan gas, di mana cecair yang karektornya lebih berat akan berkumpul di bahagian bawah drum. Cecair ini akan dipam semula ke proses. Gas yang lebih ringan jisimnya dihantar ke Flare stack melalui pipe yg disambungkan di atas drum.
Untuk tujuan analisis cecair atau gas ini, pihak Operation akan mengambil sample dan menghantarnya ke Laboratory atau makmal. Sample ini akan diuji menggunakan Gas chromatography atau GC. Makmal ini diuruskan oleh chemist dan lab technician. Degree dan diploma yang diperlukan samada degree chemistry ataupun degree chemical engineering.
Drum atau vessel pula adalah tangki yang berbentuk silinder yang diperbuat dari carbon steel ataupun stainless steel. Size atau ketebalan dinding vessel bergantung kepada kuantiti cecair atau gas yang perlu ditampung dan ketinggian tekanan proses tersebut. Semakin tinggi pressure, semakin tebal dinding2 vessel. Vessel2 bertekanan tinggi akan diperiksa oleh pihak DOSH semasa Turnaround sebelum diisytiharan selamat untuk beroperasi dan diperbaharui CF.
NOTE TAMBAHAN UNTUK MEREKA YANG TERLIBAT DENGAN CARIGALI MINYAK :
Terimakasih kepada En anonymous yang memberi list2 jawatan yang ada di pelantar minyak dalam ruangan komen sebelum ini. Memang saya berada di sektor downstream ataupun petrochemical. Jawatan2 di loji petrochemical adalah lebih kurang sama dengan loji penapisan minyak atau gas. Untuk jawatan2 di pelantar minyak, saya memerlukan anda atau sesiapa sahaja untuk memberikan input kelayakan yang diperlukan dan tugas2 mereka secara ringkas. Anda juga boleh menulis pengalaman anda di pelantar untuk dikongsi bersama.
Email saya di orangminyak@themathlab.com
en. anonymous sebenarnya tak sedar, yang utamanya bukan belah sini, tapi belah kanan tu, tu, autodowmline, daftar sekarang, komisen, rm masyuk tu, rm 10 jadi rm 15 juta tu, heh heh. ok gak la, usaha tu mesti ada kan?
ReplyDeletewow, masih ada orang fall for it ya?
anonymous gak la
Ada betulnya tu, dah banyak program2 ebook yg failed. Tau taula camne En Daud boleh terjebak.
ReplyDeleteTapi bagi saya En Daud ni bijak jugak. Banyak2 program, yang fuel saver tu betul2 dia tonjolkan. Dia bagi kita pilihan yg kita takde pilihan sebenarnya. Hehe....
Thanks untuk semua komen2 anda. Tanpa anda semua, sia2 la blog ni. Satu yang bestnya bila tulis blog ni. Dia ajar kita berfikir lebih positif. So saya akan ambik kira pendapat2 anda semua.
ReplyDeleteJom kita buat agreement. Ruangan tengah ni hanya untuk artikel dan komen2 tentang artikel. Kira untuk kita semua la. Ruangan sebelah kanan yang sebelah bawah tu pun untuk kita semua gak. Yang tu memuatkan link2 yang berguna untuk kita semua. Kat situ akan ada chat box dan guest book kalau anda nak isi.
Saya minta kebenaran guna ruangan sebelah kanan yang atas dan kotak paling bawah. Yang ni kira ruangan saya la. Mana2 iklan yang anda tak selesa, saya buang. Saya hormati anda semua.
Cuma etika memberi komen ni, biar la at least ada nick name. Baru kita tau nak panggil nama camne. Anda hanya perlu daftar akaun dengan google. Gunakan nick name anda dekat first name ngan last name tu. Nama tu yang akan ditunjukkan dekat sini nanti. Setuju semua!!!