Tuesday, December 16, 2008

KAWAN LEBIH RAPAT DALAM SHIFT





Kat loji ni I keja shift. Ye la budak operation. I berani cakap rakan sekerja dalam shift ni lebih rapat sebab office hour keja 8 jam je. Shift lak 12 jam. Cara kerja dalam shift ni lak kerja buat secara teamwork. Dengan executive sekali turun padang kalau ada kerja. Mana2 executive yang protokol sangat dengan standard dia tu tak lama la jawapnya. Camne u nak hidup 12 jam 1 hari kalau orang buat tak layan. Tu yang hubungan kami rapat. Masa free bersembang semua topik keluar. Bila dah habis topik, mula la masuk bab2 personal. Tu yang buat makin rapat.

Orang shift income lebih sikit compare dengan office hour. Selain dari elaun shift tu sendiri, shift sekali overtime 12 jam. Kalau department lain tu overtime bergantung pada kerja. Kadang2 sejam dua je overtime. Paling syok, time Turnaround. Ala yang planned shutdown untuk DOSH inspection tu. Masa tu time 4 hari off, 3 hari keja sehari je off. Time keja lak kadang2 lebih 12 jam. Lepas Turnaround masing2 banyak duit, cuti ramai2 abis 1 shift pegi. So antara family2 pun rapat gak.

Tapi dalam banyak2 yang dapat tu, masih tak leh lawan apa yang member2 dapat offer kat middle east tu. Ada yang cecah 20 ribu sebulan. Ye la tinggal anak isteri kalau tak dapat offer tinggi orang tak pegi lak kan? Tapi yang I nak bagitau kat sini, market untuk kerja kat sana HANYA untuk budak2 operation je. Diorang nak process specialist yang berkaitan dengan loji2 diorang. Kebanyakannya hanya guna experience keja je untuk apply kat sana. Laku macam goreng pisang panas kan operation ni?

Tujuan I angkat bakul department Operation ni nak tarik minat budak2 diploma yang technical course macam mechanical atau Instrumentation tu. Sekarang ni kita ada lambakan pekerja mechanical, Instrument ngan Electrical kat Malaysia ni. Kalau u tak dapat keja berkaitan apa yang u blaja, u boleh apply untuk jadi operator. Memang sebelum ni I cakap nak diploma Petroleum atau Chemical, tapi tak penting sangat sebab u akan diajar dari A ke Z jugak bila masuk. Sekarang ni kalau banyak kosong pun, post operation je yang banyak, sebab dah ramai operation yang pergi middle east. Timbang2 kan lah.

LESSON'S OF THE DAY

Perlu diingat yang I ni penulis professional. Penulisan I ada story line. So kalau u lost kat mana2, buka semula posting yang lepas2. Jap I nak kena bukak, I lupa berenti kat mana.

Ok, operation mengawal operasi Flare Stack dengan bantuan alat2 Instrumentation yang canggih. Bacaan tekanan (pressure), paras air di bahagian bawah Flare Stack, semuanya ditukarkan kepada signal elektronik dan maklumat2 ini dihantar ke Control Room untuk diawasi oleh Boardman. Sekiranya paras air berkurangan, air akan diisi secara automatik oleh system komputer DCS (Distributed control system) dengan menghantar signal elektronik untuk mengawal injap (control valve). System2 Instrumentation ini adalah dibawah selenggaraan Maintenance Instrumentation section. Executivenya perlu mempunyai degree dalam Instrumentation ataupun Elektronik. Instrument technician lak perlu ada diploma untuk kursus yang sama.

System DCS dibekalkan dengan high voltage current, sebelum direndahkan voltage untuk kegunaan DCS. Selain dari main power supply, terdapat generator dan system backup power UPS (Uninterrupted power supply) untuk memastikan perjalanan loji masih terkawal semasa blackout. Semua2 ni tak lain tak bukan dalam selenggaraan Maintenance Electrical section. Degree dalam Elektrical untuk engineer, diploma untuk technician. Terdapat tambahan sijil AO diperlukan untuk mengawal main supply dari TNB sebab voltage yang masuk lebih tinggi. Diorang yang ada sijil AO ni lebih dikenali sebagai chargeman, pangkat tinggi sikit dari technician.

Info : Kami masih lagi dalam proses mengumpul link2 loji2 petroleum dan petrochemical, contractor2 yg terlibat semasa Turnaround ataupun modification work dan vendor2 yang berkaitan membekalkan peralatan loji. Sebagai tambahan, nak submit link loji2 kat middle east pun boleh. Link ni boleh adik2 kita gunakan nak hantar resume ke, nak tau bakal tempat keja diorang ke, atau kita2 nak mintak keja kat middle east. U all boleh hantar kat ruangan komen mana2 artikel. Nanti I review.

No comments:

Post a Comment