


You all ingat lagikan term 'shutdown' yg I guna dulu? 'Shutdown' atau loji stop ni biasanya dirancang atau tak dirancang. Dah dirancang atau 'planned shutdown' ni biasanya untuk 'repair' sebelum pemeriksaan oleh pehak kerajaan yang dilantik iaitu Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerja (JKKP@DOSH). Ni untuk memperbaharui CF loji. Kalau CF rumah tu sekali je perlu sebelum kita masuk rumah baru kan, tapi CF loji ni tahan 2 atau 3 tahun je. Ni nak pastikan yang setiap loji selamat untuk beroperasi. 'Planned shutdown' lebih dikenali dengan 'Turnaround' pada sesiapa yang terlibat dalam industri petroleum ni.
Berbalik pada kes loji I ni, loji I ni kira 'unplanned shutdown' la. Terpaksa 'shutdown' sebab produk takde orang nak beli. Tapi untuk kami, kami gunakan peluang ni untuk 'repair' apa-apa je 'equipment' yang tak boleh dibaiki masa loji beroperasi. Nak pastikan yang bila beroperasi nanti, takde masalah lain yang timbul. Kira banyak gak la keja walaupun loji tak jalan. Masing2 sibuk gak la ataupun buat2 sibuk. Takpe yang penting semua keja beres mengikut jadual.
LESSON'S OF THE DAY
Hari ini I akan cuba tunjukkan kaitan setiap jabatan atau 'department' dalam industri petroleum ni. Mungkin sikit sebanyak boleh bantu sapa2 je yg perlukan informasi ni. Kita gunakan 'flare stack' untuk tunjukkan kaitan department2 mana yang terlibat.
Semua equipment dalam loji termasukla Flare Stack adalah di bawah kawalan 'operation department' dengan department2 lain bertindak sebagai department sokongan. Operation ni majoritinya keja shift. Ada 4 shift dalam satu loji. Banyak loji yang guna shift cycle 12 jam. 2 shift keja 2 shift 'off'. Loji I gunakan shift cycle 12jam, 2 hari keja siang, 2 hari keja malam, 4 hari off. Member2 I kat Petronas pun cakap diorang pakai cycle yang sama. Operation terdiri dari Executive, boardman dan operator. Bebaik panggil operator, ada yang marah nak suruh panggil diorang operation technician. Bagi I nak panggil apa2 pun ikut suka la. Sebab I tau Operation yang paling banyak income dalam satu2 loji. Executive bertanggungjawap atas keseluruhan perjalanan shift, boardman jaga komputer yang control keseluruhan proses dalam loji termasuk flare stack, operator jaga equipment dalam loji. Nak masuk operation kena ada degree dalam chemical engineering atau petroleum untuk jadi executive, diploma untuk jadi operator. Pastu bila dah keja lama sebagai operator baru dinaikkan jadi boardman.
Operation kena pastikan yang Flare Stack ni beroperasi dengan baik dan selamat. Kalau ada masalah, Operation akan 'inform' department2 yg berkaitan dengan masalah tu untuk selesaikan. Cara 'inform' tu biasanya menggunakan 'network software'. So kat sini 'IT personal diperlukan'. Biasanya 'standard' yang digunakan semua department untuk ambik pekerja ni, degree untuk executive dan diploma untuk technician. So samala ngan IT ni.
Flare stack ni kritikal sikit sebab gas yang dibakar tu terlepas terlepas ke atmospera (pembakaran terbuka). Kalau ada asap hitam je lebih dari sejam, boleh kena saman dengan Jabatan Alam Sekitar (JAS@DOE). Macam loji I, kalau ada je asap hitam lebih 5 minit dah kena buat repot. Kira persedian kalau2 disoal oleh DOE. Department yang deal dengan DOE ni biasanya department safety atau HSE (Health, Safety and Environment). Diorang ni biasanya ada degree dalam Safety atau Environmental science. Chemical engineer pun boleh masuk gak. Bila dapat keja, department akan hantar pergi kursus2 safety. Tak perlu risau. HSE department jugak bertindak dalam kes2 kebakaran atau tumpahan petroleum atau chemical. Setiap loji mempunyai trak fire fighting sendiri. Fire fighting section ni perlukan mereka yang berpengalaman. Bekas kakitangan bomba ramai yang join department ni.
Cukupla 3 department ni dulu I share dengan u all, nanti kita sambung lagi.
No comments:
Post a Comment