Saturday, December 27, 2008

GAJI MURAH keja hari ni!!!





Gaji murah ni term yang agak famous untuk kami. Gaji murah bila banyak keja. Secara scientificnya, perkiraan samada gaji murah atau gaji mahal berdasarkan formula berikut:

Gaji sehari / jumlah keja dibuat hari tu = gaji murah @ mahal

Kalau gaji RM100, jumlah keja hari tu pulak bawah 5, gaji = minimum RM 20 setiap keja. GAJI MAHAL!!. Simple engineering calculation. Selalu macam ni la, gaji sentiasa mahal.

Tapi dalam kes2 tertentu, terutamanya kilang tengah start macam hari ni, gaji memang murah. Keja time start-up macam hari ni, boardman akan panggil u setengah jam sekali. "Tolong bukak valve(injap) itu, tolong bukak valve ini". Baru masuk control room 5 minit dah kena panggil semula, kena keluar masuk loji semula.

Keja lak bukan dekat ground floor je, kena panjat dulu monkey ladder(tangga vertical yang perlu kekuatan tangan dan kaki untuk mendaki)sebab lokasi valve 200 kaki dari
paras laut. Takde lift macam office2 u all. Memang penat, tapi ada seronoknya.

Seronok sebab keja ni perlu bergerak bebas. Takde la duduk je kat meja office. Keja ni sendiri macam exercise. Kadang2 kena bukak valve yang 200 pusingan valve wheel(roda pemutar) baru terbuka sepenuhnya. Sebab tu kalau u perhatikan betul2, orang technical dalam industri ni badan diorang2 berketul. Tapi kalau u nampak yang boroi tu, kira salah exercise la.

LESSON'S OF THE DAY

Flare stack dihubungkan dengan Flare knock-out drum dan setiap vessel dalam loji dengan menggunakan Flare header. Flare header piping ni adalah satu pipe yang besar sehingga mencecah diameter 48 inci untuk menampung semua pelepasan gas dari proses. Bayangkan rim kereta 16 inci anda tu untuk anggaran berapa besar pipe tu.

Memandangkan gas2 ini dibakar di ruang terbuka atau atmosphere, oksigen sangat mudah masuk ke header pipe sekiranya tiada pelepasan gas dari proses. Kemasukkan oksigen ini sangat merbahaya kerana campuran oksigen dan gas boleh terbakar di dalam header pipe.

Oleh itu, sangat penting untu mengekalkan tekanan di dalam pipe header supaya sentiasa lebih tinggi dari udara biasa. Penggunaan fuel gas purge atau gas methana/ethana secara continous (berterusan) dapat mengekalkan tekanan didalam flare header pipe dan seterusnya dibakar di Flare tip secara selamat.

No comments:

Post a Comment